Tepat jam 8.30 pagi Aisha tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Aisha pulang ke Malaysia memandangkan dia sedang bercuti semester. Aisha merupakan gadis berumur 24 tahun, memiliki rupa yang cantik, tegas soal agama dan menjaga auratnya dengan baik. Dia merupakan pelajar di Universiti Cardiff, United Kingdom. Dia tidak suka bersosial dan tidak berkawan berlebih-lebihan dengan mana-mana lelaki, termasuklah rakan sekelasnya sendiri. Pulangnya ke Malaysia bersama sahabat baiknya iaitu Rafida. Rafida merupakan sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Mereka bersama-sama meneruskan pembelajaran di peringkat ijazah dalam bidang kedoktoran di Universiti Cardiff.
Setelah mengambil bagasi masing-masing sebaik sahaja turun dari kapal terbang mereka, mereka berjalan mencari tempat sesuai untuk menunggu ayah dan pak cik mereka untuk datang menjemput mereka di lapangan terbang. Sedang leka berjalan mencaru bangku kosong untuk duduk merehatkan diri, Aisha telah terlanggar dengan seorang lelaki yang tidak dikenali secara mengejut.
"woi! apa ni langgar-langgar orang?! buta ke apa weh..?," Azzam menengking marah dengan wajah yang kononnya bengis.
"maafkan saya ye encik. saya rasa encik salah step ni. yang salah bukan saya, tapi encik. Sebabnya, siapa suruh pakai cermin mata gelap dalam ni," balas Aisha selamba.
"woi perempuan! kau ni siapa ha nak cakap macam tu dekat aku? tak reti-reti nak mintak maaf ke? ke mak ayah kau tak pernah ajar kau cara nak mintak maaf?!," Azzam membalas dengan perasaan yang marah. Aisha tersentap mendengar kata-kata terakhir dari lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"apesal sedih-sedih? takut?! tahu pun kau!," Azzam menambah.
"maaf encik, encik ni siapa nak kurang ajar sangat?! encik tahu tak yang encik dah lukakan hati dia?!," Rafida mencelah sambil menenangkan Aisha.
"peduli apa aku?!dia yang langgar aku tapi tak reti-reti nak minta maaf! apa hal..?!," Azzam membalas. Namun dalam hatinya, terasa kasihan juga melihat seorang perempuan bertudung labuh dan berpurdah ditengkingnya bagai anak syaitan.
"dah la Fida. jom kita pergi dari sini," Aisha berkata kepada sahabatnya itu. "Maafkan saya encik," Tambah Aisha sambil mengusap air matanya itu lalu berlalu pergi jauh dari lelaki asing itu bersama Rafida. Azzam terpaku melihat kedua-dua mereka itu. Rasa hatinya ingin meminta maaf tetapi mulutnya bagai dikunci dengan mangga yang besar.
Di sebuah bangku, mereka duduk sambil menunggu seseorang untuk menjemput mereka. Mereka berdua kembali tenang dan tidak merasa seperti hendak marah lagi.

"mana pak cik kau nie Aisha?," soal Rafida kepada Aisha kehairan ke mana perginya pak cik Aisha yang sudah pun mereka hubungi untuk mengambil mereka di Lapangan Terbang. Namun, tiada jua tanda-tanda kehadiran pak cik Aisha itu, pak cik Hamid.
"Entahlah. aku pun tak tahu la. dah banyak kali call. mesej pun dah banyak kali aku hantar. ayah kau pulak macam mana? dah call ke?," Aisha menjawab dengan tenang dan menyoal Rafida kembali.
Rafida hanya mengangguk dan menggeleng sebagai respon tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Geram juga hati mereka menungguhampir satu jam setengah tetapi kelibat orang tua mereka belum lagi kelihatan. setelah beberapa seketika menunggu, akhirnya kelibat ayah Rafida dan Pak cik Aisha telah pun tiba di hadapan mata mereka.
"Assalamu'alaikum.. lah, dah lama ke anak saudara pak cik tunggu ni," Encik Hamid menyoal mengharapkan anak saudaranya itu tidak marah.
"lama tu ada la jugak. tapi syukurlah pak cik dah sampai. ingatkan tadi kena bermalam kat airport ni," jawab Aisha sambil tersenyum.
Mereka semua tertawa mendengar jawapan Aisha. lalu mereka kemudiannya mengakut kesemua bagasi lalu bergerak menuju ke kereta masing-masing dan pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah pak ciknya, Aisha hanya diam dan memandang permandangan yang dilalui mereka. Rindu sungguh rasa hatinya dengan tanah airnya itu sehinggakan tidak mahu melepaskan walau satu pun permandangan di tanah airnya. Seketika kemudian, kereta yang dipandu oleh pak ciknya melalui di hadapan sebuah perkuburan lalu mengingatkan Aisha terhadap arwah ibu-bapanya. Lalu air sedih mengaliri pipi lembutnya itu. Pak cik Hamid hanya mampu terdiam dan menyuruhnya bersabar dan berdoa. Tahu benar dia apa yang dirasakan dan difikirkan oleh Aisha di saat melewati setiap tanah perkuburan Islam. Setelah satu jam dalam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah. Kelibat Aina kelihatan.
"Assalamu'alaikum..," Aisha memberi salam dengan wajah yang gembira dan tersenyum. Aina kelihatan kaget mendengar suara yang tidak asing baginya itu.
"Wa'alaikumussalam.. eh Aisha.. kenapa tiba-tiba balik? tak cukup duit ke apa?," kata Aina selamba. Aisha yang dah lama tak jumpa adiknya itu kembali tersentap dengan kata-kata Aina. baru sahaja tadi dia terguris dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu tadi. sekarang adiknya pula yang menyakitkan hatinya. hajat di hati ingin melihat senyuman gembira di wajah adiknya sebaik sahaja melihat diri terpacak di hadapan pintu rumahnya. tetapi, lain pula jadinya. Sindiran pula dilontar sebagai balasan kepada bunga yang diluhurnya.
"Aina..!!," tengking Encik Hamid terhadap anak saudara bingsunya itu.
"takpelah pak cik. biarkan jela Aina. Aisha masuk ke bilik dulu ye," A
"Aina..!!," tengking Encik Hamid terhadap anak saudara bingsunya itu.
"takpelah pak cik. biarkan jela Aina. Aisha masuk ke bilik dulu ye," A